Kitar hidup Tenuk_Malaysia

Musim mengawan berlaku pada bulan April hingga Jun. Tempoh kehamilan Tenuk Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari (lebih kurang 13 bulan), di mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 15 paun (6.8 kg). Kebiasannya tenuk betina akan melahirkan anaknya dengan purata 2 tahun sekali. Tapir Malaysia merupakan tenuk terbesar ketika lahir dan membesar lebih cepat berbanding spesies tenuk yang lain.[2]

Ketika muda, tenuk ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan. Sama seperti spesies tenuk muda yang lain, tenuk ini mempunyai bulu berwarna perang dengan bejalur putih dan berbintik-bintik di mana corak ni membolehkan mereka untuk berssembunyi dengan berkesan ketika berada di kawasan hutan yang kelihatan bertelau-telau cahayanya. Perubahan warna tenuk muda kepada perwarnaan tenuk dewasa berlaku antara 4 hingga 7 bulan selepas lahir. Tempoh bercerai susu pula berlaku ketika berumur 6 hingga 8 bulan.

Tempoh kematangannya kira-kira 2.5 hingga 3.5 tahun. Tenuk Malaysia mampu hidup lebih 30 tahun sama ada hidup dalam kurungan ataupun hidup liar.